Keropok keping adalah hasil proses dari
Keropok Lekor yang telah direbus dan dipotong nipis-nipis dan dijemur
untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai "Keropok Keping"
Kerepek merujuk kepada sejenis makanan ringan yang dipotong
nipis dan digoreng sehingga garing. Kerepek dibuat daripada pelbagai
bahan dan dinamakan menurut jenis bahan yang digunakan bagi menghasilkan
kerepek tersebut. kerepek pisang makanan tradisional Malaysia yang
diperbuat daripada pisang dan antara bahannya ialah serbuk kunyit, garam
dan gula.Antara contoh pisang yang dibuat kerepek ialah pisang nipah
dan lain-lain pisang yang sesuai untuk dibuat kerepek.