Tuesday 6 November 2012

LEGOLAND – Saingan baru Universal Studios

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlWbTs0VsdA-uWpUHwRz-riC7KimfBVvmWikC08TcJOo1GRmUfexmZSOPC1gOxR-vB0bdXNrtoiA55ogEAPr7bkAWVlMldLAoyBsOiERE5XzSQkIA-eAiM3WLIvb7XiMNJqOlr-B6vxf8/s1600/Legoland-malaysia-LEGO.jpg 
Pembukaan secara rasmi Legoland di Nusajaya semalam telah dibajiri lebih daripada 10,000 orang sekali gus menjadikan Johor antara hab hiburan utama di Asia.


Debaran pengunjung seawal jam 7 pagi untuk berbaris panjang bagi merasai pengalaman pertama di Legoland amat berbaloi setelah berjaya masuk ke taman tema yang berkeluasan 31 hektar itu. Keadaan tersebut mencetuskan keyakinan bahawa ia bakal menjadi daya tarikan baru pelancongan mengatasi Universal Studios di Singapura.

Legoland Malaysia merupakan Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor di England, Legoland California dan Legoland Florida di Amerika Syarikat serta Legoland Deutschland di Jerman.

Sebagai simbolik kepada upacara pembukaan, Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst menaiki kereta penyelamat mini Lego sambil diiringi persembahan pancaragam dan maskot yang memeriahkan lagi suasana.

“Ia merupakan saat yang begitu emosi untuk saya dan setiap orang di Legoland. Saya amat bernasib baik kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang merasakan saat emosi seumpama itu di sini,” ujar beliau semalam.

0 comments:

Post a Comment