7
Strategi Saya Bebas Dari Hutang!
Sejak tahun
2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban
dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor
saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun,
alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak
ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai
orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
Ada juga
kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah
orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu,
insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk
Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li.
Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari
hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya
sendiri pun rasa fobia dengan hutang.
4 Prinsip
Asas Urus Kewangan
Bila dah
betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin
sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.