Saturday, 1 December 2012

Perakam video lasak


 
 
KEGUNAAN peranti gajet untuk merakam kegiatan digemari terutama aktiviti lasak seperti permainan paintball atau maraton sering menjadi masalah.

Ini kerana kebanyakan perakam video memerlukan kita memegang. Ini memberikan kesukaran terutamanya ketika melakukan aktiviti lasak.
Berita baik, AndrenoCam adalah alat yang mampu merakam aktiviti lasak secara langsung malah boleh dijadikan alat untuk mengawasi pergerakan seperti dalam aktiviti marathon.


Alat ini mampu merakam dengan video 720 x 480 pada 30 frame per saat. Selain itu, peranti skrin LCD 2.5 inci yang berfungsi melihat apa yang akan kita rakam secara langsung.

Sebagai penyokong, AndrenoCam dilengkapi built in microphone dan speaker. Sumber tenaga peranti gajet ini hanya menggunakan bateri lithium yang mampu merakam tanpa henti selama empat jam.

Spesifikasi:

Saiz: 92 X 66 x 20 Skrin: LCD 2.5 inci
Resolusi: 960 x 240
Kecerahan: 250cd/m2
Resolusi Video: 720 x 480 (30 FPS), AVI format
Resolusi Foto: 720 x 480, JPG format
Mikrofon: Built-in microphone
Speaker: 13mm (diameter) (8O)
USB Terminal: USB 2.0

0 comments:

Post a Comment