Kajian terhadap lebih 40,000 lelaki
menunjukkan keputusan yang mengejutkan di mana kandungan gula dalam
minuman berkarbonat meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20
peratus, dan boleh menyebabkan kematian.
Ketua penyelidik berpendapat pengambilan
gula yang berlebihan akan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah
daripadanya tidak baik untuk jantung. Ujian sampel darah yang dibuat
pula menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi
memiliki protein serta lemak yang tinggi dalam darah dan boleh dikaitkan
dengan serangan jantung. Paras kadar kolestrol yang baik pula akan
menjadi rendah.
Kajian tersebut juga menunjukkan semakin
banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan
diawet yang ditambah gula, ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung
sama seperti minuman berkarbonat. Keadaan menjadi lebih buruk apabila
seseorang itu mempunyai amalan yang kurang sihat seperti merokok,
pengambilan alkohol dan sebagainya.
Penyelidik membuat kesimpulan tersebut
selepas menganalisis maklumat yang disediakan oleh responden melalui
soal jawab khas setiap dua tahun, dari tahun 1986 sehingga tahun 2008.
0 comments:
Post a Comment