Tuesday 1 January 2013

Apex Sah Peristerikan Leuniey Hanya Dengan Sekali Lafaz



KOTA BHARU, 28 DIS 2012: Penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apex sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar,21, atau Leuniey Nastaha selepas mereka selamat dijabkabulkan di kediaman keluarga Leuniey di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 10 pagi tadi.


Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib. Hanya dengan sekali lafaz, Leuniey sah menjadi isteri kepada Apex dalam majlis yang turut dihadiri Timbalan Mufti Kelantan, Dato` Nik Abd Kadir serta bersaksikan Abd Malik Junoh dan Khairuddin Abu Bakar daripada keluarga belah pihak Leuniey serta Selamat Saimun dan Mohd Zuki Mat Min (pihak lelaki).
Dalam majlis tersebut, rombongan pihak lelaki turut menyerahkan wang hantaran yang juga mas kahwin bernilai RM19,000 berserta 7 dulang yang mengandungi barang-barang seperti kain Sepasang, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung, berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak perempuan yang terdiri daripada kain Sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.
Terdahulu rombongan pihak lelaki telah diiringi oleh pasukan polis trafik sewaktu dalam perjalanan ke rumah keluarga Leuniey. Selain Apex, rombongn pihak lelaki yang turut hadir di majlis akad nikah tersebut adalah ibu bapa Apex sendiri iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta 5 adik-beradiknya iaitu Zainun Che Mat, 37 tahun, Hasnah Che Mat, 33, Rogayah Che Mat, 31, Khairul Fahmi Che Mat, 23 tahun serta Mohammad Aiman Muqrish Che Mat, 10.
Kehadiran Apex serta rombongan pihak lelaki telah disambut oleh Leuniey serta ibu bapanya, Nazri Adnan, 44, serta Norlaila Abu Bakar,45, serta adik beradik Leuniey yang lain iaitu Amir Asyarf Jaafar,15, Dhia Yasmin Nazri,12, Aisya Niesreena, 10, serta Adam Muqlis, 8.

0 comments:

Post a Comment